Notis Privasi

Kemas kini terakhir: 4 Julai 2026

1. Data yang dikumpul

Buat masa ini, alat di laman ini boleh digunakan tanpa akaun dan tanpa memberikan sebarang data peribadi. Apabila ciri akaun diperkenalkan kelak, hanya e-mel dan nama paparan akan dikumpul — tiada nombor kad pengenalan, tiada nama sekolah, tiada tarikh lahir.

2. Analitik

Laman ini menggunakan analitik trafik asas (tanpa nama) untuk memahami alat mana yang berguna kepada pengunjung.

3. Hak anda (PDPA 2010)

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda berhak mengakses dan memohon pemadaman data peribadi anda. Hubungi admin@cikgutawfiq.com untuk sebarang permohonan.

4. Kanak-kanak

Alat percuma di laman ini tidak memerlukan pendaftaran, jadi murid boleh menggunakannya tanpa mendedahkan sebarang maklumat peribadi.